Sunday, December 24, 2006

CTOS, anda tersenarai?

Ramai dikalangan kita tidak mengetahui bahawa nama kita telah disenarai hitamkan(CTOS) oleh bank dan menyebabkan kita tidak boleh membuat pinjaman.

Sesetengah tidak tau pun kenapa nama mereka telah disenarai hitam dan lebih malang lagi mengetahuinya pada saat-saat ingin membuat pinjaman daripada pihak bank sama ada untuk membeli rumah, kereta atau pinjaman peribadi.

Hanya selepas itu barulah anda mengetahui bahawa nama anda disenarai hitamkan disebabkan anda pernah menjadi penjamin kepada saudara mara atau rakan-rakan yang anda jangkakan pinjaman tersebut telah diselesaikan dahulu.

Selalunya pihak bank hanya memberitahu bahawa nama anda telah disenarai hitam (CTOS) tapi keterangan berkaitan pinjaman tersebut tidak diberitahu. Sebenarnya pihak bank pun tidak mempunyai keterangan pinjaman tersebut.

Apa yang patut anda lakukan sekiranya telah disenarai hitam (CTOS) dan ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut/detail berkaitannya, anda pergi ke CTOS Sdn Bhd di alamat seperti berikut :-

CTOS Sdn Bhd,
Unit A-8-6, 8th Floor,
Megan Phileo Promenade Corporate Park,
No. 189, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2770 8833
Fax : 03-2770 8834

Anda perlu membayar RM 30 sekiranya ingin mendapatkan salinan tersebut.

No comments: