Monday, June 23, 2008

Pesara Jutawan

"Pesara Jutawan" oleh Azizi Ali adalah buku pilihan saya untuk bulan ini.

Sudahkah anda membuat perancangan persaraan? Menurut beliau 90 peratus kemungkinan bahawa anda tidak akan mempunyai wang yang cukup untuk persaraan anda.

Pertama sekali,kos kehidupan telah mendahului pencen. Kedua, 90 peratus para pencarum mempunyai wang yang kurang daripada RM60 000 di dalam akaun KWSP apabila bersara. Malahan 58 peratus mempunyai wang yang kurang daripada RM10 000 di dalam akaun mereka. Teruk lagi,38 peratus para pekerja tidak dilindungi oleh pencen ataupun KWSP! Pendek kata,sebilangan besar penduduk di Malaysia tidak mempunyai wang yang cukup untuk persaraan mereka.

Berkemungkinan anda menjadi salah seorang daripada mereka,Buku ini akan memberi panduan kepada anda untuk mengelak daripada kejatuhan ini.Anda akan disajikan dengan langkah-langkah praktikal yang anda boleh praktikkan untuk bersara dengan kaya dan bahagia.

Anda akan menemui
  • 5 Strategi untuk mencapai dana persaraan anda
  • 4 pembohongan mengenai persaraan
  • 3 halangan dalam membina dan persaraan
  • 10 langkah bagaimana untuk menyimpan bagi persaraaan anda
  • Bagaimana untuk mewujudkan sumber pendapatan tambahan
  • 5 perkara yang perlu dilakukan jika anda sudah berada di dalam keadaan yang teruk.
Ayuh dapatkan buku ini di kedai buku yang berdekatan dengan tempat anda.

No comments: