Monday, June 16, 2008

Pantau apa yang disimpan bukan apa yang dibelanja

Lazimnya anda akan memantau apa yang dibelanjakan setiap hari, minggu, bulan dan seterusnya tahun, tapi kali ni cuba pula anda lakukan sebaliknya.

Anda catatkan apa yang dapat anda jimatkan setiap hari, minggu dan seterusnya, keputusannya menyebabkan sejumlah wang berjaya "diselamatkan" untuk disimpan. Contohnya membatalkan langganan majalah yang jarang dibaca akibat kesuntukan masa. Atau mungkin anda berjaya mencari jalan mengurangkan bayaran insuran hayat dengan mengekalkan faedah perlindungan asal. Satu penjimatan yang besar tapi mudah dilakukan ialah makan tengah hari. Kalau dulu anda kerap makan diluar, sekarang anda bawa bekalan dari rumah aje dijamin sedap lagi sebab air tangan isteri anda.

Bila anda hitung pemjimatannya sehari RM2 sehari,RM60 sebulan dan seterusnya RM720 setahun.(lebih banyak dari rebat yang diberikan kerajaan)hehehe.

Semua penjimatan yang berjaya, anda senaraikan dalam satu jadual. Boleh la anda namakan jadual tersebut sebagai "Senarai Penjimatan". Senarai ini mestilah mengandungi TARIKH | BUTIR | KOS BIASA | KOS SEKARANG | SIMPANAN.


Contoh mengisi jadual

TARIKHBUTIRKOS BIASAKOS SEKARANGSIMPANAN
19 FEB 2008Batal langganan majalahRM1280RM128
30 MEI 2008Kurang premium insuransRM120RM100RM20


Setiap bulan anda jumlahkan dua lajur terakhir lalu pindahkan sebahagian wang yang berjaya dijimatkan tersebut kepada akaun khas (mengikut wawasan anda). Sebahagian lagi untuk hiburan diri sendiri atau anak isteri. Ada juga bulan anda masukkan semua ke dalam akaun khas.
Kenapa anda perlu buat begini? Pertama sebagai "hadiah kecil" kerana berjaya melawan godaan dan melaksanakan displin merekod. Kedua duit yang diselamatkan masih boleh diserap dalam diam-diam. Itulah sebabnya elok dipindahkan secepat mungkin ke akaun lain.

Kenapa sistem ini bakal membawa kesan kepada anda lebih-lebih lagi jika ada satu wawasan?
  • kini anda mempunyai sistem hadiah sendiri (built in reward), Memantu simpanan anda menghasilkan motivasi sepanjang masa
  • Secara beransur-ansur anda akan kurang berbelanja sama ada sedar atau tidak kerana minda anda kini mendambakan hadiah dari sistem tesebut
  • Anda kini sedar bahawa dengan cara ini anda bukannya "mengorbankan" sesuatu tetapi melakukan pertukaran dengan wang hasil titik peluh.
  • Duit yang berjaya dijimatkan tidak lagi di atas kertas sahaja tetapi memang nyata kearan ia dipindahkan kepada akauan lain.

Sekarang anda pilih satu wawasan yang benar-benar dekat dihati seperti melangsaikan hutang kad kredit sebanyak RM3000. Kemudian bina jadual seperti yang dibincangkan sebelum ini. Kalau dalam sebulan dua masih tiada simpanan kaji kembali corak perbelanjaan lepas. Kalau lepas enam bulan masih juga tiada hasil mungkin sudah tiba masanya anda mencari pendapatan tambahan. muahahahaa

wo lau weh..

No comments: