
'Harga minyak terlalu tinggi'..daripada Tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai mencadangkan kerajaan membantu rakyat seperti menaikkan kadar rebat yang diberi selain menaik taraf pengangkutan awam supaya rakyat berpendapatan rendah tidak terlalu dibebani akibat kenaikan itu. dapatkan berita lanjut disini
Kakitangan awam, Azmanian Shah Bachok, berkata beliau terkejut dengan kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi dan meminta kerajaan mengkajinya semula.
"Kenaikan minyak petrol sehingga 78 sen dan RM1 untuk seliter diesel sangat tinggi namun kita perlu akur dengan keadaan ini kerana ia berlaku di seluruh dunia. Apa yang diharapkan adalah kerajaan membantu dengan menambah rebat," katanya.
Ya Allah… Sekiranya kenaikan harga ini dibuat kerana ingin menyelamatkan Malaysia, sesungguhnya aku redha Ya Allah dan Kau ampunkan lah dosa-dosa pemimpin kami. Namun Ya Allah, seandainya terdapat agenda lain disebalik tindakan ini, hanya Engkau sahaja yang layak membalasnya. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin”
Adakah rebat yang diberikan mencukupi?..Tidak pasti, dapatkan cara mengira rebat dan estimated penggunaan petrol.
No comments:
Post a Comment