Wednesday, January 10, 2007

Skim di Internet

Bunyi macam OK!
Hati-hati dengan skim di internet kerana penganjur skim cepat kaya juga mengikut peredaran zaman, menggunakan internet dan emel untuk mengembangkan kegiatan mereka ke seluruh dunia.
Rakyat Malaysia tidak ketinggalan menjadi mangsa skim cepat kaya versi internet ini yang menjanjikan pulangan sebanyak RM218,700 kepada sesiapa yang menyertai skim ini.
Peserta hanya perlu menghantar bayaran RM100 ke syarikat tersebut sebagai bayaran kelayakan. Mereka kemudiannya diminta menaja tiga orang lagi dengan bayaran penyertaan yang sama. Ini sebagai syarat untuk mendapatkan "tuah" sebagaimana yang dijanjikan itu.
Penganjur skim cepat kaya ini mewujudkan satu laman web dan mempelawa orang ramai untuk menyertai kelab mereka. Bakal ahli kelab akan diberi atau dijanjikan satu laman web peribadi secara percuma. Kononnya, dengan keahlian sedemikian, mereka boleh mendapat potongan harga dan komisen bagi setiap urusniaga yang dilakukan melalui e-dagang atauniaga on-line.
Selain daripada itu, sebagai ahli kelab, mereka akan diberi bimbingan percuma tentang cara untuk menghasilkan laman web atau homepage. Oleh itu, mereka perlulah mendaftar diri sebagai ahli dengan yuran penyertaan sebanyak RM400. Sekiranya peserta merasakan yuran agak mahal, dia boleh mendapat potongan sehingga seratus peratus ke atas yuran tadi.
Syaratnya dengan menaja empat ahli baru, penaja tadi akan mendapat potongan 25% daripada setiap ahli yang ditaja. Ini bermakna dengan menaja empat orang ahli baru, penaja tadi boleh mendapatkan keahliannya secara percuma dan Rm400 akan dikembalikan.
Dengan tujuan supaya rancangan ini lebih berkesan, potongan tersebut hanya akan diberi sekiranya penajaan tadi dilakukan dalam masa 72 jam.
Sebagai ganjaran penajaan ahli tersebut, penaja tadi akan mendapat sejumlah bonus. Bonus ini akan berkembang lagi sekiranya penaja asal tadi membantu ahli bawahannya menjual lebih banyak keahlian.
Rancangan ini nampak menarik lebih-lebih lagi ada sebilangan kecil ahli menerima pembayaran bonus mereka.

No comments: