Monday, January 15, 2007

Penipuan Pelaburan Di Afrika

Kebanyakan dari kita memang terpanggil untuk melabur jika dijanjikan pulangan yang lumayan. Oleh itu, adalah tidak mustahil jika kita terpengaruh dengan surat dari Nigeria yang pernah suatu ketika dahulu amat terkenal dapat menipu puluhan mangsa di sini.

Surat yang kononnya ditulis oleh seorang pegawai tinggi dari satu syarikat minyak Nigeria dan dilabelkan sebagai surat sulit. Surat ini memberi peluang kepada anda utk melabur di dalam satu saham bernilai lebih RM35 juta.

Apa yang diperlukan hanyalah maklumat tentang akaun syarikat anda dan beberapa helaian kosong kepala surat syarikat.

Sesiapa yang menyahut peluang keemasan ini kemudiannya akan menerima surat meminta mereka memberi wang kononnya sebagai wang rasuah di saat akhir yang diminta oleh seseorang. Ramai yang terperdaya dengan penipuan ini, dan seperti penipuan lain, mereka tidak menerima apa-apa berita langsung dari rakan kongsi mereka di Nigeria.

No comments: