Thursday, January 25, 2007

Skim Barangan Letrik

"Selamat petang kak, boleh saya tanya beberapa soalan kepada akak. Di rumah akak tv, peti sejuk, mesin basuh dan kipas angin jenama apa? Saya ingin menawarkan barang seperti tersebut dengan harga yang amat murah sebab saya dari kilang pembuat barang letrik.

Ini kad saya, contohnya tv-RM400.00, mesin basuh-RM300.00, peti sejuk-RM500.00, dan kipas-RM90.00 sahaja. Ini harga kilang kak. Caranya begini, akak isi borang ni dan bayar dulu RM400.00 sebagai deposit dan esok saya akan hantarkan barang ini dan akak bayar bakinya. Resit rasmi saya keluarkan dan nombor telefon dan alamat juga di situ jika akak nak hubungi kami".

Anda pernah dengar dialog tersebut... berhati-hati jangan terlalu ghairah menerima tawaran kerana bila wang sudah dibayar, resit palsu dikeluarkan, bayang-bayang pun tak nampak.

Ada bermacam-macam versi yang mereka gunakan untuk memperdayakan mangsa. Saya pernah mengalaminya sendiri, dialog lebih kurang sama cuma cara nak menyakinkan tu diubah sedikit... mereka kata nak buat servy, lepas tu buat cabutan bertuah dari beberapa sampul yang dibawa..untuk lebih meyakinkan mereka katakan sekarang tengah buat pameran barangan tersebut di suatu tempat yang dinyatakan..

Awas berhati-hati, saya pun nyaris terpedaya..

No comments: