Wednesday, July 23, 2008

AKPK oh AKPK

emm dah habis sabar saya dengan AKPK.. macam bola aje kita kena tendang sana dan sini..
arggh.. nak minta sahkan status kita pun bukan main susah..

OK mari saya cerita pengalaman saya berurusan dengan
AKPK..

Senario..

Saya dah mohon program AKPK pada julai 2007, suka cita dimaklumkan permohonan saya ditolak atas sebab-sebab yang tertentu. Bagi saya OK tiada masalah, tapi masalah timbul sekarang bila penjamin saya mohon pinjaman baru di bank, pinjaman beliau sangkut sebab status saya dibawah program AKPK.. ni yang bengang sedangkan saya bukan dibawah program AKPK sebab permohonan saya ditolak tahun lepas... masalah nya saya tak pula simpan surat yang menyatakan permohonan saya ditolak, ialah surat 'rejection' nak simpan buat apa kan. Lagi pun benda ni dah 1 tahun berlalu.

Jadi, saya cuba lah hubungi kaunselor AKPK cawangan, sedihnya beliau cuti panjang la pulak (tanpa gaji). Saya tanya saja lah dengan kaunselor yang bertugas
adakah beliau boleh cakap siapa suruh awak hilangkan surat tu, u mintalah supaya bank releasekan status awak tu.. uih bengang beb begitukah cara kaunselor AKPK bekerja manis nya bahasa..

Bukan nya bagi penyelesaian di marah nya la pula kita... AKPK oh AKPK..

Kemudian saya cuba pula hubungi toll free akpk 1800882575( semestinya ibu pejabat). Pegawai yang bertugas suruh rujuk balik dengan cawangan..mmm dah jadi macam bola kena tendang sana sini.. ni kitanya AKPK yang cekap. Beliau janji nak hubungi pegawai cawangan dan hubungi saya semula hampeh sampai hari ni (24/07/2008 jam 4.30 ptg) pun masih tak telefon balik..hampeh nya pegawai. Untuk pengetahuan saya hubungi pegawai tu semalam (22/07/2008 jam 9.00 pagi).

Saya hubungi semula pegawai cawangan AKPK, kali ni beliau bagi cadangan supaya pihak bank yang hubungi AKPK bahagian credit admin untuk meminta sahkan saya punya status. Saya pun mintalah pihak bank yang hubungi.

Saya pun tak pasti siapa sepatutnya hubungi siapa perihal status kita ni, bila rujuk dengan bank dia cakap AKPK yang bagi senarai mereka yang terlibat dibawah program AKPK, yang menghairankan kenapa dah 1 tahun saya masih dalam senarai.. tak update kah senarai tu..oh siapa nak jawab ni..

Siapakah yang tak bertanggungjawab pihak bank atau AKPK.. yang jadi mangsa kita..

ish ish
AKPK oh AKPK

No comments: