Tuesday, June 10, 2008

Idea-idea hampeh menangani kenaikan harga minyak

Memandangkan isu hangat sekarang ialah kenaikan harga minyak, jadi saya pun ikut berbicara hal yang berkaitan minyak..sebab bersangkut paut juga dengan duit kan.. muhahaha

Emmm hari ini saya malas nak kutuk-kutuk sesiapa aka merungut bak kata Shueqry iMotivasi.com

Harga Barang Naik Maknanya Usaha Kena Naik Juga

Start dari hari ni, buang rasa tertekan sebab harga barang pengguna semakin naik. Usaha keras mencari rezeki kena naik sama, kasi up, kasi rajin.

berfikiran positiflah katakan hehehe.


Berikut idea-idea hampeh yang terlintas di fikiran semasa memandu sewaktu balik dari kerja;

1.Beli kereta baru

Hehee jangan terkejut :-)..ni kan idea hampeh aka bahasa jahatnya idea bodoh. Kata Pak lah "Kereta-kereta yang dibawah 2500 cc akan diberikan rebat sebanyak RM625" tapi dia tak cakap kereta baru atau second hand, jadi anda belilah kereta second hand yang murah-murah kalau ada yang berharga RM500 atau boleh dapat yang percuma lagi bagus. Kereta ni simpan aje lah di rumah @ di kampung ..=> ambik duit rebat aje.

hehehe.. jadi anda dapat rebat 2 x RM625= RM1250.. emm a macam banyak kan.. jika pertambahan kos minyak anda RM100 sebulan, setahun RM1200.. anda untung lagi RM50. Oh ya kalau anda malas nak mencongak dapatkan cara pengiraan kadar rebat dan pertambahan kos minyak disini.

2.Gunakan kad kredit yang memberikan rebat tunai bila beli minyak

Purata rebat yang diberikan 2% dari perbelanjaan minyak anda. Katakan sebulan kos minyak anda RM300 x 2% x 12 jadi setahun anda sudah jimat RM72,campur dengan keuntungan idea pertama jumlah keseluruhan RM144. OK juga kan muhahaha..Ini boleh la cakap idea bernas sikit, dengan syarat hujung bulan anda bayar semua perbelanjaan kad anda.. kalau tidak lagi parah.

Banyak lagi idea yang terlintas difikiran ni tapi cukuplah dulu untuk kali ni.. nanti kita sambung lagi. Anda pun kalau ada idea-idea hampeh aka bernas tu boleh lah kongsikan disini.



P/S: Saya cuma kongsikan idea, risiko aplikasi tanggung sendiri la.. sendiiri mahu ingat.

No comments: